Tiga Jenis Baju Muslimah Moden Yang Anda Mesti Memiliki!

Perasan tak? Semua orang, sama ada perempuan atau lelaki, mesti memiliki pakaian yang berwarna hitam, biru, ataupun beige. Kenapa? Semua warna ini serba boleh, ia boleh dipadankan dengan mana-mana pakaian sahaja dan boleh dipakai untuk hampir semua kenduri dan jamuan. Anda boleh memakai baju muslimah yang berwarna beige ke majlis buka rumah ataupun ke kerja ataupun ke jamuan makan malam! Sebab itulah, anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu helai pakaian daripada warna tersebut. Serupa warna serba boleh, terdapat juga jenis-jenis baju muslimah moden terkini yang anda mesti memiliki di dalam almari pakaian anda!

Baju muslimah moden boleh dikatakan adalah fesyen yang paling trending tahun 2021 di Malaysia. Ramai wanita moden suka sangat akan trend ini kerana apa-apa je pakaian boleh dipadankan untuk baju muslimah moden. Banyak sangat pilihan dengan baju muslimah moden, mix and match je ikut citarasa masing-masing. Mari kita lihatlah tiga jenis baju muslimah moden yang anda perlu memiliki!

Baju Muslimah Moden Yang Mudah & Bergaya

Source: wardahku.com

  1. Pertama sekali, kita mesti mulakan dengan pakaian yang paling asas, iaitu T-shirt berwarna monokrom. Monokrom masih menjadi trend terkini dan mungkin akan kekal bergaya untuk selama-lamanya. Jikalau anda tiada T-shirt berwarna monokrom dalam almari, tolonglah beli satu sekarang. Warna hitam dan putih adalah gabungan sempurna untuk semua wanita moden. Untuk stail baju muslimah moden yang cepat dan nampak bergaya, gabungkan seluar ataupun baju hitam dengan apa-apa je. Senang kan!
  1. Betul, T-shirt lengan pendek ataupun panjang dengan seluar jeans denim ke seluar Culotte sempurna untuk stail yang selesa tapi bergaya. Jikalau hendak pergi ke ofis? Lapiskan dengan cardigan panjang di atas! Macam itu je, anda boleh nampak ayu dan sopan. Wanita Malaysia bijak, banyak je yang lapiskan cardigan panjang semasa keluar jalan-jalan, dekat ofis, ataupun ke mana-mana je. Cara ini paling mudah dan senang untuk nampak cantik dan kemas. 
  1. Akhir sekali, baju jubah! Seperti cardigan panjang, baju jubah boleh mengubah stail anda untuk kelihatan seperti selebriti K-pop! Baju jubah banyak jenis, nak pilih yang mana? Beli mana-mana yang anda suka je, tapi yang penting pilih yang berwarna pastel! Baju muslimah moden berwarna pastel seperti merah jambu, kuning, dan biru, selain kelihatan cantik dan bergaya, senang untuk dipadankan dengan apa-apa je kasut yang anda memiliki. 

Senarai ini mungkin kelihatan biasa dan tidak istimewa tetapi semua ini adalah pakaian asas yang boleh dipadankan dengan apa-apa sahaja. Anda mungkin terkejut, terdapat ramai wanita yang tidak mempunyai pakaian yang asas dan serba guna dalam almari pakaian mereka! Lawatilah Shopee, Lazada, ataupun mana-mana pun dan membeli jenis-jenis baju muslimah moden sekarang. Para wanita, masa untuk menaik taraf almari pakaian dan stail anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published.